Isnin, 16 April 2018

KARYA TELEKUNG COMEL

     Puan Tasha is the one who wearing  red shawl

Pengasas produk Telekung Comel merupakan seorang suri rumah iaitu Puan Natasha Noorazrin Bt. Mohd Basir dan berumur 33 tahun . Sekarang Puan Tasha menetap di 1G-16, Cemara Apartment, Taman Pinggir Putra, 43300 Seri kembangan, Selangor. Beliau merupakan graduan dari UPM dalam Sarjana Sains Perancangan & Tindakan kecemasan dan UTM dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia-Gas. 

Beliau mula terlibat dalam pernigaan ini pada tahun 2011 dengan belajar sendiri & attend kelas-kelas perniagaan dalam talian. Inspirasi yang membuatkan Puan Tasha berminat berniaga ialah tokoh Syed Mokhtar Al- Bukhary kerana niat berniaga sambil berdakwah. Walaupun business agak slow tetapi rasa puas bila dapat inspirasikan anak-anak seawal setahun mula mengenai Allah & solat.

Tempahan yang dia ambil oleh beliau adalah 20 telekung dalam sebulan @ berdasarkan permintaan pelanggan dengan keuntungan  RM 3k. Pesanan beliau kepada pelanggan yang berminat untuk berniaga seperti Puan Tasha adalah cari sifu, focus kepada sesuatu produk yang minat & istiqamah.

1 ulasan: